Mengumpulkan, menubuhkan dan mewujudkan pertubuhan peniaga dalam talian untuk kepentingan di lapangan perniagaan dalam talian di negeri terengganu.
Bersatu hati
Menyatupadukan peniaga dalam talian untuk kepentingan dan faedah ekonomi sesama ahli.
Jaminan Kepentingan
Memastikan terjaminnya kepentingan ahli di dalam undang-undang yang digubal atau dipinda di malaysia yang berkaitan dengan perniagaan dalam talian.
Saling Membantu
Membantu atau mewakili ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, penjualan dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dalam talian.
Kerjasama
Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan persatuan.
Faedah berasama
Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara di atas bagi kesempurnaan perjalanan persatuan bagi faedah ekonomi sesama ahli.